CelcomDigi eSIM

Modified on Fri, 13 Feb at 10:06 AM

1. Siapa yang boleh mendaftar eSIM?

Anda layak jika anda:

  • Pelanggan Postpaid baharu (Talian Utama atau Talian Tambahan)
  • Beralih ke CelcomDigi Postpaid dari telco lain (port masuk)
  • Pengguna sedia ada CelcomDigi yang menukar SIM fizikal kepada eSIM, menggantikan eSIM yang hilang, atau memulihkan profil eSIM yang terpadam secara tidak sengaja
Nota: Buat masa ini, pendaftaran eSIM melalui online store hanya dibuka kepada warganegara Malaysia.


2. Apakah itu eSIM?

eSIM ialah SIM digital terbina dalam yang membolehkan anda mengaktifkan talian mudah alih tanpa kad SIM fizikal. Ia selamat, mudah dan sesuai untuk peranti moden.

 

3. Pelan manakah yang layak untuk eSIM?

Pelan Yang Layak & Jenis Permintaan adalah seperti berikut:

Jenis PendaftaranJenis PelanPelan Kelayakan
Pendaftaran Baru
Port In (MNP)
Talian Utama
  • CelcomDigi Postpaid 5G 45 SE 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 65 SE 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 80 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 100 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 160 2026
Pendaftaran Baru
Port In (MNP)
Talian Tambahan
  • CelcomDigi Postpaid 5G Supp 45 SE 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G Supp 65 SE 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G Supp 80 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G Supp 100 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G Supp 120 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G Supp 140 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G Supp 160 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G GadgetSIM
  • CelcomDigi Postpaid 5G GadgetSIM Plu
Fizikal SIM ke eSIMTukar ke eSIM
  • Semua pelan Pascabayar & Prabayar CelcomDigi
eSIM ke eSIMPenggantian eSIM
  • Semua pelan Pascabayar & Prabayar CelcomDigi

 

4. Bagaimana saya tahu jika peranti saya menyokong eSIM?

 Sila rujuk di sini untuk melihat senarai penuh peranti yang menyokong eSIM.


5. Apa maksud "pertukaran eSIM"?

Ia bermaksud menukar SIM semasa anda (fizikal atau eSIM sedia ada) kepada profil eSIM baharu. Ini biasanya dilakukan apabila anda menukar peranti, menggantikan SIM yang hilang, atau memulihkan profil eSIM yang telah dipadam.


6. Berapa kos untuk menukar kepada eSIM?

Buat masa ini, pertukaran kepada eSIM adalah percuma (RM0). Namun, jika anda ingin menukar kembali kepada SIM fizikal selepas itu, caj sebanyak RM10 akan dikenakan. 


7. eSIM saya telah dipasang tetapi saya tidak boleh membuat panggilan atau menggunakan data?

Pastikan perkara berikut:

  • eSIM anda telah diaktifkan dengan berjaya
  • Profil eSIM ditetapkan sebagai Talian Utama untuk data dan panggilan
  • Ciri VoLTE diaktifkan pada peranti anda

Jika isu berterusan, sila cuba hidup semula telefon anda atau hubungi Khidmat Pelanggan CelcomDigi melalui panggilan atau WhatsApp di +6016-333 1111 untuk bantuan lanjut. 

 

8. Saya kehilangan telefon yang mengandungi eSIM atau saya telah memadam eSIM secara tidak sengaja.

Hubungi kami segera supaya kami boleh menyekat talian anda. Apabila anda bersedia, kami akan bantu anda untuk memasang eSIM baharu pada peranti pengganti anda.

 

9. Apa yang berlaku selepas saya melengkapkan pembelian pertukaran eSIM?

Selepas pembelian berjaya, SIM fizikal nda akan dinyahaktifkan. Sila semak e-mel daripada kami dengan tajuk: "Maklumat pengaktifan eSIM CelcomDigi anda telah sedia."

Nota: Sila semak folder spam/junk jika anda tidak menemuinya dalam peti masuk.

 

10. Bagaimana jika saya mendapati telefon saya tidak menyokong eSIM selepas pembelian?

Anda perlu mengunjungi mana-mana Kedai CelcomDigi untuk memohon penggantian SIM fizikal. 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article