Penipuan Mesej Nombor Salah
Modified on Thu, 19 Jun at 3:59 PM
“Hai, awak datang malam ni ke?”
“Hai, saya masih belum terima minyak wangi yang saya pesan.”
Mesej seperti ini mungkin nampak tidak berbahaya — hanya soalan biasa dari nombor yang tidak dikenali. Nampak macam silap hantar, dan anda mungkin rasa nak balas, “Maaf, salah nombor.” Tapi inilah yang penipu mahukan.
Penipu akan menyamar sebagai individu tidak dikenali yang kononnya tersilap menghantar mesej. Mereka berharap sifat baik hati atau rasa ingin tahu anda akan mendorong anda membalas. Setelah anda membalas, mereka mula bersembang secara mesra untuk membina kepercayaan, sebelum perlahan-lahan menipu anda — dengan tujuan mencuri wang dan maklumat peribadi anda.
Bagaimana Penipuan Ini Berfungsi?
- Mula dengan mesej palsu yang nampak boleh dipercayai: Anda menerima mesej mesra daripada orang yang tidak dikenali, kononnya tersilap hantar kepada orang lain. Mesej itu mungkin menyebut tentang satu acara, tempahan, atau memanggil anda dengan nama yang bukan milik anda.
- Perbualan yang berterusan: Walaupun anda sudah jelaskan bahawa anda bukan orang yang dimaksudkan, mereka tetap mahu berbual walaupun tidak mengenali anda.
- Cuba membina hubungan peribadi: Mereka mencipta perbualan mesra dengan berkongsi cerita palsu tentang kehidupan mereka atau cepat mengatakan mereka mempunyai perasaan terhadap anda. Ini bertujuan untuk mendapatkan kepercayaan anda dan membuat anda terus berbual selama mungkin.
- Mula cakap pasal duit atau pelaburan: Selepas mereka berjaya dapat kepercayaan anda, mereka mula bercakap tentang pelaburan kripto, masalah kewangan, atau minta bantuan kewangan.
- Cuba curi maklumat peribadi atau kewangan: Penipu ini mungkin akan menghantar pautan ke aplikasi palsu yang mengandungi perisian hasad (malware), atau meminta maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, kata laluan, atau nombor pengenalan diri. Tindakan ini boleh mengakibatkan pencerobohan data dan kehilangan akses kepada akaun penting.
Perkara Penting untuk Diingat:
- Jangan Balas: Jika mesej itu jelas bukan untuk anda, abaikan sahaja. Nombor yang benar-benar tersilap biasanya tidak akan terus menghantar mesej berkali-kali. Membalas mesej seperti ini boleh menunjukkan kepada penipu bahawa nombor anda aktif, sekaligus mengundang lebih banyak mesej penipuan.
- Hati-hati Dengan Pujian Atau Konon Mahu Berkawan: Ramai penipu akan cuba memujuk dengan kata-kata manis atau mendakwa mereka kesunyian, semata-mata untuk buat anda rasa selesa dan terbuka. Jangan mudah percaya.
- Sekat dan Lapor Nombor Tersebut: Gunakan fungsi dalam telefon anda untuk sekat nombor tersebut dan laporkan sebagai spam. Ini boleh hentikan mesej seterusnya dan lindungi orang lain juga.
- Jangan Klik Pautan: Mesej scam biasanya ada link yang bawa ke laman palsu atau muat turun aplikasi berbahaya. Jangan klik, walaupun nampak ‘biasa’.
- Jangan Kongsi Maklumat Peribadi: Jangan sesekali beri nama penuh, alamat, gambar, maklumat bank, atau sebarang maklumat sulit — walaupun mereka kelihatan mesra dan boleh dipercayai.
Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini.
Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article