Penipuan Sokongan Teknikal

Modified on Wed, 24 Apr at 2:07 PM

Scammer sering berpura-pura menjadi wakil daripada syarikat teknologi terkemuka seperti Microsoft atau Apple, mendakwa bahawa mereka telah menemui masalah pada komputer anda. Mereka mendakwa terdapat virus, perisian berbahaya (malware) atau cubaan pencerobohan dan memaksa anda untuk menghubungi mereka dengan segera. Walau bagaimanapun, ini merupakan taktik penipuan yang akan cuba untuk membuat anda bayar untuk perkhidmatan palsu atau memberikan akses kepada komputer anda untuk mencuri data.


Salah satu helah biasa yang mereka gunakan ialah membuat mesej peringatan palsu tentang keselamatan muncul pada peranti anda. Halaman peringatan yang menakutkan ini bertujuan untuk meyakinkan anda untuk menghubungi nombor hubungan sokongan palsu yang diberikan. Apabila anda menghubungi nombor ini, scammer akan menekankan untuk menyambung secara jauh ke komputer anda untuk mendiagnos dan membuang virus. Sebagai alternatif, mereka akan mengarahkan anda untuk melawat laman web tertentu dan/ atau memuat turun perisian yang disangka bertujuan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Walau bagaimanapun, ini merupakan peluang bagi mereka untuk secara rahsia memasang perisian berbahaya (malware) dan mendapatkan akses kepada komputer anda.


Baru-baru ini, scammer telah memperbaharui pendekatan mereka. Mereka mungkin mendakwa bahawa akaun bank atau pelaburan anda telah diserang. Mereka akan sambungkan anda kepada wakil kerajaan palsu atau bank, yang menasihatkan untuk memindahkan dana ke akaun baru untuk melindungi daripada penipuan. Walau bagaimanapun, scammer akan mengawal akaun anda, membolehkan mereka dengan cepat memindahkan wang anda.


Contoh mesej peringatan palsu sokongan teknikal:

A screenshot of a computer error message 
Description automatically generated 


Perkara yang perlu diingat:

  • Sabar dan jangan biarkan ancaman atau penipu memaksa anda. 
  • Jangan menghubungi nombor telefon yang dipaparkan pada skrin mesej peringatan. 
  • Jangan memindahkan wang anda untuk 'melindunginya'. Hanya penipu yang akan memberitahu anda untuk berbuat demikian.
  • Jangan kongsi butiran peribadi atau kewangan dengan panggilan yang tidak disahkan yang berpura-pura menjadi sokongan teknikal.
  • Cari maklumat hubungan rasmi syarikat secara bebas untuk mengesahkan kesahihan panggilan tersebut.
  • Berhati-hati dengan akses jauh, penipu mungkin menyalahgunakan akses jauh untuk pemasangan perisian berbahaya (malware) dan pencurian data.
  • Selepas menghadapi mesej peringatan palsu sokongan teknikal, segera imbas komputer anda untuk mengesan sebarang perisian berbahaya.


Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini.


Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article