Kempen CelcomDigi Star Wars

Modified on Tue, 29 Apr at 10:16 AM

1. Apakah kempen ini? 

Kempen CelcomDigi Star Wars menawarkan peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan barangan eksklusif Star Wars apabila melanggan pelan CelcomDigi One Ultra atau One Pro (dengan pengaktifan StreamMORE Disney+ Hotstar secara serentak) atau melanggan StreamMORE Disney+ Hotstar atau pas SpeedStream di mana-mana Kedai CelcomDigi semasa tempoh kempen. 


2. Apakah barangan & kelayakan untuk kempen ini? 

Kempen ini mengandungi dua promosi: 

  1. Star Wars Treasure Box 
    • Untuk pendaftaran pelan CelcomDigi One Ultra atau One Pro (dengan pengaktifan StreamMORE Disney+ Hotstar secara serentak), pelanggan akan menerima Star Wars Treasure Box eksklusif yang mengandungi satu termos keluli tahan karat, satu beg tote boleh lipat dan satu topi boleh diterbalikkan. Oleh kerana stok adalah terhad, ia berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat. 
    • Promosi ini hanya sah untuk pendaftaran atau pengaktifan baru di Kedai CelcomDigi sahaja. 
    • Tempoh promosi: 29 April 2025 - 16 Jun 2025.
  2. Star Wars Shiny Pin 
    • Untuk langganan StreamMORE Disney+ Hotstar atau pas SpeedStream, pelanggan akan menerima satu pin enamel Star Wars eksklusif. Oleh kerana stok adalah terhad, ia  juga berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat.
    • Promosi ini sah untuk semua langganan baharu StreamMORE Disney+ Hotstar atau pas SpeedStream di Kedai CelcomDigi, tidak termasuk pelanggan yang menerima Star Wars Treasure Box. 
    • Tempoh promosi sah: 29 April 2025 - 16 Jun 2025.


3. Bilakah tempoh kempen ini? 

Tempoh kempen adalah dari 29 April 2025 hingga 16 Jun 2025 atau selagi stok masih ada. 


4. Jika saya melanggan pelan CelcomDigi One Ultra atau One Pro dan mengaktifkan StreamMORE Disney+ Hotstar secara serentak, adakah saya akan menerima kedua-dua Star WarsTreasure Box dan Star Wars Shiny Pin? 

Tidak. Anda hanya layak untuk menerima Star Wars Treasure Box, tertakluk kepada ketersediaan stok. 


5. Saya sudah melanggan pelan CelcomDigi One Ultra atau One Pro sebelum kempen ini. Jika saya melanggan StreamMORE Disney+ Hotstar atau pas SpeedStream di Kedai CelcomDigi semasa tempoh kempen, adakah saya akan menerima Star Wars Shiny Pin? 

Ya, selagi anda mengaktifkan StreamMORE Disney+ Hotstar atau pas SpeedStream di mana-mana Kedai CelcomDigi dalam tempoh kempen. Walau bagaimanapun, tertakluk kepada ketersediaan stok dan berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat. 


Star Wars Shiny Pin terdapat dalam 5 rekaan. Anda hanya akan menerima satu rekaan dipilih secara rawak oleh kakitangan Kedai CelcomDigi kami. 


6. Saya sudah menjadi pelanggan StreamMORE. Adakah saya layak untuk menerima Star Wars Shiny Pin? 

Tidak. Ini hanya terbuka kepada pelanggan baharu yang melanggan di Kedai CelcomDigi. 


7. Saya sudah menjadi pelanggan StreamMORE. Jika saya melanggan pelan CelcomDigi Postpaid One Pro semasa kempen ini, adakah saya layak untuk menerima Star Wars Treasure Box? 

Tidak. Ini hanya terbuka kepada pelanggan baharu yang melanggan di Kedai CelcomDigi. 


8. Jika saya menaik taraf kepada pelan CelcomDigi One atau melanggan StreamMORE Disney+ Hotstar dalam aplikasi Celcom Life atau MyDigi semasa tempoh kempen, adakah saya akan menerima barangan Star Wars? 

Tidak. Untuk layak menerima barangan Star Wars, anda mesti melawat mana-mana Kedai CelcomDigi dalam tempoh kempen. 


9. Saya pelanggan Prabayar. Jika saya melanggan StreamMORE Disney+ Hotstar atau pas Speedstream di Kedai CelcomDigi semasa kempen, adakah saya akan menerima Star Wars Shiny Pin? 

Ya, selagi stok masih ada. 


10. Berapa banyak rekaan untuk Star Wars Shiny Pin eksklusif? 

Terdapat 5 rekaan untuk pin enamel. Namun, satu rekaan sahaja akan diberikan secara rawak kepada pelanggan yang layak dan tiada pilihan untuk memilih rekaan. Disebabkan kuantiti terhad, pin ini akan diberikan kepada pelanggan yang layak berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat. 


11. Bolehkah saya menukar barangan ini? 

Tidak. Barangan tidak boleh ditukar, dipindahkan atau ditebus dengan barangan lain. Sila semak dan periksa barangan sebelum meninggalkan kedai. Barangan ini dalam kuantiti terhad dan akan diberikan kepada pelanggan yang layak berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat. 


12. Di manakah Kedai CelcomDigi yang mengambil bahagian? 

Untuk mengetahui Kedai CelcomDigi yang terdekat, klik di sini.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article