Soalan Lazim: Promosi Tahun Baru Cina - Pas Internet 3000GB & Pas Video 700GB
Modified on Tue, 10 Feb at 10:00 AM
1. Apakah tawaran Pas CNY ini?
Pas | Harga | Tempoh Sah | Kuota Internet | Pembaharuan Automatik |
Pas Video 700GB | RM7.00 | 5 hari | 700GB (4G+5G) Terhad kepada aplikasi terpilih, iaitu: YouTube, Netflix, Viu, iQIYI, Disney+ Hotstar, and Prime Video | Tidak |
Pas Internet 3000GB | RM8.80 | 4 hari | 3000GB (4G+5G) | Tidak |
2. Siapakah yang layak melanggan pas ini?
Pas ini ditawarkan kepada semua pelanggan prabayar dan pascabayar baharu serta sedia ada.
3. Apakah tempoh kempen?
Pas ini ditawarkan dari 10 Februari hingga 9 Mac 2026.
4. Bagaimanakah cara untuk melanggan pas ini?
Prabayar
Saluran | Cara Melanggan |
Aplikasi CelcomDigi | Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi Langkah 2: Pilih ‘Internet Add-Ons’ Langkah 3: Pilih ‘One Time Pass’ Langkah 4: Pilih 'Pas Video 700GB (4G + 5G)' atau 'Pas Internet 3000GB (4G + 5G)' dan lengkapkan transaksi pembelian. |
Aplikasi Celcom Life | Langkah 1: Log masuk aplikasi Celcom Life Langkah 2: Pilih ‘Add-Ons’ Langkah 3: Pilih ‘One Time Pass’ Langkah 4: Pilih 'Pas Video 700GB (4G + 5G)' atau 'Pas Internet 3000GB (4G + 5G)' dan lengkapkan transaksi pembelian. |
Aplikasi MyDigi | Langkah 1: Log masuk aplikasi MyDigi Langkah 2: Pilih ‘Buy Add-Ons’ Langkah 3: Pilih ‘One Time Pass’ Langkah 4: Pilih 'Pas Video 700GB (4G + 5G)' atau 'Pas Internet 3000GB (4G + 5G)' dan lengkapkan transaksi pembelian. |
Melalui Kod Pendek USSD | Langkah 1: Dail *118# Langkah 2: Pilih ‘Internet Plan dan Add-on’ Langkah 3: Pilih ‘One Time Pass’ Langkah 4: Pilih 'Pas Video 700GB (4G + 5G)' atau 'Pas Internet 3000GB (4G + 5G)' dan lengkapkan transaksi pembelian. |
Pascabayar
Saluran | Cara Melanggan |
Aplikasi CelcomDigi | Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi Langkah 2: Pilih ‘Internet Add-Ons’ Langkah 3: Pilih ‘Quota Top-up’ Langkah 4: Pilih 'Pas Video 700GB (4G + 5G)' atau 'Pas Internet 3000GB (4G + 5G)' dan lengkapkan transaksi pembelian. |
Aplikasi Celcom Life
| Langkah 1: Log masuk ke aplikasi Celcom Life Langkah 2: Pilih ‘Add-Ons’ Langkah 3: Piiih ‘Internet Quota Add-on’ Langkah 4: Pilih 'Pas Video 700GB (4G + 5G)' atau 'Pas Internet 3000GB (4G + 5G)' dan lengkapkan transaksi pembelian. |
Aplikasi MyDigi
| Langkah 1: Log masuk ke aplikasi MyDigi Langkah 2: Pilih ‘Buy Add-Ons’ Langkah 3: Pilih ‘Booster’ Langkah 4: Pilih 'Pas Video 700GB (4G + 5G)' atau 'Pas Internet 3000GB (4G + 5G)' dan lengkapkan transaksi pembelian. |
5. Bagaimanakah saya boleh menyemak penggunaan internet pas ini?
Anda boleh menyemak dan mengurus penggunaan internet melalui aplikasi CelcomDigi, aplikasi Celcom Life, aplikasi MyDigi, atau melalui kod pendek USSD dengan mendail *118#.
6. Bolehkah saya membuat pembelian berganda untuk pas ini?
Ya. Pembelian berganda dibenarkan untuk kedua-dua pas ini.
7. Apakah yang perlu saya ketahui mengenai kuota internet?
Selepas kuota pas digunakan sepenuhnya, penggunaan seterusnya akan ditolak daripada kuota internet bulanan atau mana-mana langganan add-on internet yang lain. Sekiranya tiada, kelajuan internet akan dihadkan kepada 64Kbps.
8. Bagaimanakah saya mengetahui jika pembelian saya berjaya?
Anda akan menerima pesanan ringkas (SMS) selepas pembelian berjaya.
9. Adakah pembaharuan automatik disediakan untuk pas ini?
Tidak. Pas ini adalah add-on pembelian sekali sahaja.
10. Adakah saya dibenarkan menggunakan tethering atau hotspot ke peranti lain?
- Untuk Pas Video 700GB, penggunaan tethering atau hotspot tidak dibenarkan.
- Untuk Pas Internet 3000GB, penggunaan tethering atau hotspot adalah dibenarkan.
11. Bolehkah pas ini digunakan semasa perantauan (roaming)?
Tidak. Pas ini hanya sah untuk kegunaan domestik dalam Malaysia. Penggunaan internet semasa perantauan akan dicaj mengikut kadar perantauan dan ditambah ke bil komitmen bulanan anda.
12. Apakah yang akan berlaku kepada kuota internet yang tidak digunakan?
Sebarang kuota internet yang tidak digunakan akan luput selepas tempoh sah pas tamat.
13. Bilakah sebenarnya pas ini akan tamat tempoh?
- Pas Video 700GB sah sehingga jam 12:00 tengah malam pada hari ke-6 selepas langganan berjaya.
- Pas Internet 3000GB sah sehingga jam 12:00 tengah malam pada hari ke-5 selepas langganan berjaya.
14. Saya bukan pengguna CelcomDigi. Bolehkah saya melanggan pas ini?
Tidak. Anda perlu berdaftar sebagai pelanggan CelcomDigi untuk melanggan pas ini.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article