Helaian Pendedahan Produk Spark
Modified on Tue, 28 Oct at 8:00 AM
Maklumat Produk: Spark ialah pelan langganan mudah alih serba digital baharu daripada CelcomDigi, berasaskan eSIM, yang direka untuk menawarkan kesalinghubungan yang ringkas, telus dan fleksibel. Dengan pelan berasaskan langganan bermula serendah RM15 sebulan, Spark menyediakan pilihan berasaskan data yang meluas pada rangkaian 4G dan 5G, digabungkan dengan minit panggilan suara, semuanya diuruskan secara digital melalui aplikasi Spark.
Tarikh Berkuatkuasa: 28 Oktober 2025
Butiran Produk:
Spark menawarkan pelan langganan bulanan dengan kuota data tetap dan minit panggilan yang disertakan. Pelan diperbaharui secara automatik setiap 30 hari, dengan caj ditolak daripada kaedah pembayaran Spark berdaftar anda.
Pelan mudah alih
Pelan | Kuota | Panggilan | Harga (RM) | Tempoh Sah |
Spark Mini | 3GB (4G) | - | RM15 | 30 hari |
Spark Standard | 40GB (4G/5G) | 100 minit | RM25 | 30 hari |
Spark Plus | 200GB (4G/5G) | 100 minit | RM65 | 30 hari |
Add-On Booster: Bila-bila masa
Spark Booster memberi anda fleksibiliti untuk menambah lebih data, panggilan, atau SMS bila-bila masa melalui aplikasi Spark. Booster tidak diperbaharui secara automatik, boleh dibeli berulang kali, dan mengikut tempoh sah pelan semasa anda.
Kategori | Kuota | Harga |
Internet Pantas | 1GB | RM1 |
Internet Pantas | 3GB | RM3 |
Internet Pantas | 10GB | RM5 |
Internet Pantas | 25GB | RM10 |
Internet Pantas | 100GB | RM30 |
Panggilan | 30Mins | RM1 |
Panggilan | 500Mins | RM5 |
SMS | 50SMS | RM1 |
SMS | 1000SMS | RM3 |
Caj & Pembayaran
1. Bagaimana pembayaran berfungsi?
Pelan Spark diperbaharui secara automatik setiap 30 hari, dengan caj dikenakan pada kad kredit/debit berdaftar anda (Visa/Mastercard).
2. Apa berlaku jika pembayaran gagal?
Jika kad anda tidak sah atau baki tidak mencukupi, langganan anda akan disekatan.
3. Kaedah pembayaran lain yang boleh digunakan:
Untuk pembelian pelan sekali atau Booster, anda juga boleh membayar melalui:
- eWallet: Boost, Touch ‘n Go, GrabPay, Alipay
- Perbankan Dalam Talian (FPX)
- Kad Kredit/Debit
- PayPal
Cara mendaftar untuk Spark
- Muat turun Aplikasi Spark melalui Google Play Store, Apple App Store and Huawei gallery.
- Darfar akaun menggunakan emel anda.
- Pilih pelan pilihan anda -Mini, Standard, or Plus.
- Aktifkan eSIM anda serta-merta melalui aplikasi Spark.
Kitaran Hayat Spark
Status Kitaran Hayat | Penerangan |
Tempoh Aktif | Perkhidmatan Spark anda aktif sebaik sahaja Pelan Mudah Alih dibeli, memberikan 30 hari akses panggilan dan internet. |
Tempoh Tangguh | Apabila pelan anda tamat, perkhidmatan anda memasuki Tempoh Tangguh selama 60 hari. Anda masih boleh menerima panggilan masuk dan SMS, tetapi tidak boleh membuat panggilan keluar, menghantar SMS, atau menggunakan data mudah alih. Untuk mengekalkan perkhidmatan, pelan anda mesti diperbaharui dalam tempoh ini. |
Penamatan | Jika tiada pembaharuan dibuat pada akhir Tempoh Tangguh, perkhidmatan Spark anda akan ditamatkan secara automatik. |
Keutamaan Penggunaan Data
Internet anda akan digunakan mengikut susunan keutamaan berikut:
- Quota Percuma (contohnya data promosi/bonus)
- Langganan kuota bulanan (termasuk sebarang Booster yang dibeli)
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article