Penipuan Pembayaran Balik Cukai

Modified on Mon, 25 Mar 2024 at 10:17 AM

Berwaspadalah terhadap penipuan pembayaran balik cukai semasa musim penyataan cukai. Penipuan pembayaran balik cukai berlaku apabila scammer menyamar sebagai pihak berkuasa cukai yang sah untuk menipu individu agar berkongsi maklumat peribadi, seperti butiran kad kredit atau akaun bank. Kemudian, scammer ini akan mengeksploitasi maklumat yang diperoleh untuk melakukan transaksi tanpa kebenaran pada akaun mangsa.


Mereka mungkin menggunakan pelbagai taktik untuk menyerang mangsa yang berpotensi, termasuk e-mel, panggilan telefon, SMS, atau mesej peribadi di platform media sosial. Selain itu, mereka mungkin menarik individu untuk mengklik pautan yang tidak dikenali untuk mengemaskini maklumat akaun mereka atau untuk menuntut bayaran balik cukai, membawa mereka ke laman web palsu yang menyerupai portal rasmi. Dalam beberapa kes, mengklik pautan ini juga boleh menyebabkan perisian berbahaya (malware) dipasang pada peranti anda, membolehkan scammer mencuri maklumat dengan lebih banyak atau hack e-mel tanpa pengetahuan anda.


Perkara yang perlu diingati:

  • Sentiasa berjaga-jaga terhadap orang yang menghubungi anda yang mengaku dari mereka pihak berkuasa pencukaian. Elakkan mengklik pautan yang mencurigakan yang dihantar melalui mesej atau muat turun kerana mereka mungkin mengumpul maklumat anda atau memuat turun perisian berbahaya ke peranti anda.
  • Sahkan sumber dengan menghubungi agensi cukai anda secara langsung menggunakan maklumat hubungi rasmi untuk mendapatkan kepastian. Lawati laman web rasmi secara langsung dengan menaip URL ke dalam pelayar (browser) anda.
  • Pastikan anda sentiasa peka terhadap kes penipuan yang menjadi kebiasaan dan cakna dengan trend terkini dalam aktiviti penipuan, terutamanya semasa musim cukai.
  • Hanya kongsi maklumat peribadi yang sensitif dengan sumber yang dipercayai, penipu boleh menggunakannya untuk pencurian identiti atau penipuan lain.
  • Jangan buat keputusan terburu-buru dan tolak desakan untuk bertindak dengan segera. Sila ambil masa untuk membuat keputusan yang berinformasi.
  • Gunakan perisian antivirus dan anti-malware yang dipercayai untuk melindungi peranti anda daripada perisian berbahaya yang boleh mengancam maklumat anda.


Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini


Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select atleast one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article