CelcomDigi Mesh Node

Modified on Tue, 26 Nov at 3:11 PM

1. Apakah CelcomDigi Mesh Node?

CelcomDigi Mesh Node ialah perkhidmatan tambahan untuk liputan Wi-Fi penuh di seluruh rumah anda. Anda akan mendapat peranti tambahan untuk meningkatkan kekuatan isyarat Internet di rumah anda.

 

2. Siapa yang boleh mendaftar untuk CelcomDigi Mesh Node?

Tawaran ini hanya tersedia untuk pelanggan baharu CelcomDigi Fiber pada masa ini.

 

Untuk menjadi pelanggan CelcomDigi Fiber baharu kami, anda boleh pergi ke mana-mana kedai CelcomDigi atau ejen fiber yang sah untuk mendaftar CelcomDigi Fiber dan CelcomDigi Mesh Node. Mesh node akan dipasang oleh kami semasa pemasangan fiber.

 

3. Adakah saya boleh menikmati CelcomDigi Mesh Node secara PERCUMA apabila saya melanggan pelan CelcomDigi Fiber?

Ya, sudah tentu. Hanya daftar pelan 500Mbps dan ke atas untuk menikmati perkhidmatan ini dan mengoptimumkan isyarat Wi-Fi di seluruh rumah.

 

4. Adakah terdapat tempoh kontrak dan jaminan untuk CelcomDigi Mesh Node? 

Ya, terdapat kontrak selama 24 bulan disertakan dengan jaminan selama 24 bulan. Jaminan akan terbatal jika kontrak CelcomDigi Mesh Node ditamatkan. 

 

5. Berapakah bilangan CelcomDigi Mesh Node yang boleh saya tambah?

Anda boleh mendapat satu (1) CelcomDigi Mesh Node untuk setiap akaun fiber.

 

6. Bolehkah saya menurunkan taraf pelan fiber saya? Apakah yang berlaku kepada CelcomDigi Mesh Node saya?

Anda boleh menurunkan taraf pelan fiber anda, namun caj penamatan awal untuk CelcomDigi Mesh Node RM399 akan dikenakan jika anda menurunkan taraf kepada pelan yang tidak layak (300Mbps kebawah).

 

7. Apakah yang akan berlaku kepada CelcomDigi Mesh Node saya jika saya menamatkan perkhidmatan fiber saya sebelum tempoh kontrak?

Penamatan awal CelcomDigi Fiber akan dikenakan penalti. Jumlah baki bulan kontrak x yuran bulanan atau RM500, yang mana lebih tinggi, akan dikenakan sebagai penalti penamatan awal. Caj penamatan awal untuk CelcomDigi Mesh Node juga akan dikenakan jika kontrak ditamatkan sebelum tamat tempoh.

 

8. Adakah saya perlu memulangkan peranti mesh node selepas penamatan kontrak?

Anda boleh menyimpan peranti tersebut walaupun selepas penamatan awal atau tamat kontrak. 

 

9. Apakah yang harus saya lakukan jika peranti mesh node tidak berfungsi dengan baik?

Sila hubungi pusat perkhidmatan pelanggan kami untuk membuat laporan. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

 

10. Bolehkah saya menamatkan langganan percuma CelcomDigi Mesh Node dan mengekalkan perkhidmatan fiber saya?

Ya, anda boleh menamatkan CelcomDigi Mesh Node dan mengekalkan perkhidmatan fiber anda.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article