CelcomDigi Mesh Node
Modified on Fri, 18 Oct at 10:26 AM
1. Apakah CelcomDigi Mesh Node?
CelcomDigi Mesh Node ialah perkhidmatan tambahan untuk liputan Wi-Fi penuh di seluruh rumah anda. Anda akan mendapat peranti tambahan untuk meningkatkan kekuatan isyarat Internet di rumah anda.
2. Siapa yang boleh mendaftar untuk CelcomDigi Mesh Node?
Tawaran ini hanya tersedia untuk pelanggan baharu CelcomDigi Fiber pada masa ini.
Untuk menjadi pelanggan CelcomDigi Fiber baharu kami, anda boleh pergi ke mana-mana kedai CelcomDigi atau ejen fiber yang sah untuk mendaftar CelcomDigi Fiber dan CelcomDigi Mesh Node. Mesh node akan dipasang oleh kami semasa pemasangan fiber.
3. Adakah saya boleh menikmati CelcomDigi Mesh Node secara PERCUMA apabila saya melanggan pelan CelcomDigi Fiber?
Ya, sudah tentu. Hanya daftar pelan 500Mbps dan ke atas untuk menikmati perkhidmatan ini dan mengoptimumkan isyarat Wi-Fi di seluruh rumah.
4. Berapa lamakah tempoh kontrak dan waranti untuk CelcomDigi Mesh Node?
Ya, akan ada kontrak 24 bulan dengan jaminan 24 bulan disertakan. Waranti akan terbatal sekiranya kontrak CelcomDigi Mesh Node tamat.
5. Berapakah bilangan CelcomDigi Mesh Node yang boleh saya tambah?
Anda boleh mendapat satu (1) CelcomDigi Mesh Node untuk setiap akaun fiber.
6. Bolehkah saya menurunkan taraf pelan fiber saya? Apakah yang berlaku kepada CelcomDigi Mesh Node saya?
Anda boleh menurunkan taraf pelan fiber anda, namun caj penamatan awal untuk CelcomDigi Mesh Node RM399 akan dikenakan jika anda menurunkan taraf kepada pelan yang tidak layak (300Mbps kebawah).
7. Apakah yang akan berlaku kepada CelcomDigi Mesh Node saya jika saya menamatkan perkhidmatan fiber saya sebelum tempoh kontrak saya?
Penamatan awal CelcomDigi Fiber akan dikenakan penalti. Jumlah baki bulan kontrak x yuran bulanan atau RM500, yang mana lebih tinggi, akan dikenakan sebagai penalti penamatan awal. Caj penamatan awal untuk CelcomDigi Mesh Node juga akan dikenakan jika kontrak ditamatkan sebelum tamat tempoh.
8. Adakah saya perlu memulangkan peranti mesh node selepas penamatan kontrak?
Anda boleh menyimpan peranti mesh node tanpa mengira penamatan awal atau tamat kontrak.
9. Apakah yang harus saya lakukan jika peranti mesh node tidak dalam keadaan berfungsi dengan baik?
Sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami untuk membuat laporan. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini: https://bantuan.celcomdigi.com/.
10. Bolehkah saya menamatkan langganan percuma CelcomDigi Mesh Node dan mengekalkan perkhidmatan fiber saya?
Ya, anda boleh menamatkan CelcomDigi Mesh Node dan mengekalkan perkhidmatan fiber anda.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article