Penipuan Kod Pengesahan 6-Digit Palsu di WhatsApp

Modified on Thu, 25 Jul at 7:39 AM

Para Pelanggan yang dihormati,


Kami ingin memaklumkan bahawa terdapat laporan mengenai penipuan baru yang disebarkan di WhatsApp. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuat kenyataan rasmi hari ini dan menyeru pengguna WhatsApp untuk tidak berkongsi sebarang kod pengesahan 6-digit yang diterima daripada WhatsApp. Untuk melihat kenyataan rasmi dari SKMM, sila klik di sini.

 

Berikut adalah pecahan beberapa tipu daya dan modus operandi yang digunakan oleh penipu yang perlu anda perhatikan:

  1. Penipu akan menyamar sebagai rakan atau ahli keluarga dengan nombor yang telah berjaya dirampas sebelum ini dan meminta bantuan pengguna dengan meminta kod pengesahan 6-digit yang diterima oleh mereka.
  2. Penipu yang berpura-pura sebagai kakitangan WhatsApp akan meminta pengguna untuk menyerahkan kod pengesahan 6-digit mereka.
  3. Penipu dengan sengaja membuat beberapa percubaan pengesahan yang gagal yang menyebabkan sistem WhatsApp membuat panggilan automatik kepada nombor pengguna untuk memberitahu mereka tentang kod pengesahan.
  • Penipu kemudian akan menyamar dan menghubungi pengguna untuk mendapatkan kod pengesahan atau
  • Jika pengguna tidak menjawab panggilan automatik dari WhatsApp dan ia masuk ke peti suara, penipu akan cuba meneka (melalui percubaan rawak) atau meminta kata laluan atau PIN peti suara pengguna untuk mengakses rakaman.


  • Kami menyeru semua pengguna WhatsApp UNTUK TIDAK berkongsi kod pengesahan mereka dan mengabaikan sebarang permintaan yang mencurigakan.
  • JANGAN klik pada mana-mana pautan yang disediakan dalam mesej WhatsApp dan laporkan segera.

 

Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini


Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article