Soalan Lazim: PayFlex powered by Boost

Modified on Tue, 4 Nov at 10:00 AM

1. Apa itu PayFlex powered by Boost?  

PayFlex powered by Boost ialah versi eksklusif perkhidmatan PayFlex oleh Boost — penyelesaian Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) yang membolehkan anda membahagikan pembelian kepada ansuran mudah. Anda boleh menikmati tempoh bayaran fleksibel sehingga 12 bulan di peniaga yang mengambil bahagian di seluruh negara.


Kerjasama eksklusif antara CelcomDigi dan Boost ini menawarkan:

  • Caj Wakalah lebih murah: RM3 tetap untuk semua jumlah transaksi berbanding RM5 bagi transaksi di bawah RM100 dan RM10 bagi transaksi melebihi RM100.
  • Caj Wakalah dikecualikan untuk transaksi pertama.
  • Pelan bayaran fleksibel: Bayar dalam 30 hari atau ansuran 3, 6, 9, atau 12 bulan.
  • Had Kredit: sehingga RM1,499.
Nota: Setiap pelanggan hanya boleh mempunyai satu akaun PayFlex aktif pada satu masa. Jika anda sudah berdaftar terus dengan Boost PayFlex, anda mesti menutup akaun tersebut terlebih dahulu sebelum memohon PayFlex powered by Boost.


2. Siapakah yang layak memohon PayFlex powered by Boost?

Semua pelanggan CelcomDigi layak memohon PayFlex powered by Boost melalui aplikasi CelcomDigi, dengan syarat mereka belum mendaftar untuk Boost PayFlex secara terus.

Kelulusan kredit bergantung kepada profil risiko setiap pelanggan yang dinilai menggunakan data CelcomDigi atau CCRIS. Boost akan mengesahkan maklumat yang diberikan dan menentukan kelayakan serta had kredit melalui sistem pemarkahan kreditnya.


3. Adakah saya perlu menjadi pelanggan sedia ada CelcomDigi?

 Ya, anda perlu mendaftar melalui aplikasi CelcomDigi.


4. Apakah syarat umur untuk memohon PayFlex powered by Boost?

Ya. Warganegara berumur antara 21 hingga 60 tahun layak memohon PayFlex powered by Boost.


5. Bolehkah warganegara Malaysia memohon PayFlex powered by Boost?

Tidak. Hanya Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap (PR) layak memohon.


6. Adakah produk ini dilesenkan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa kawal selia? 

Ya. PayFlex powered by Boost adalah berdasarkan konsep Komoditi Murabahah dan diperakui patuh Syariah oleh penasihat Syariah yang dilantik oleh Boost Credit.


7. Status permohonan saya “Pending (belum selesai)”. Apa yang boleh saya lakukan?   

Permohonan PayFlex powered by Boost anda mungkin mengambil masa lebih lama daripada biasa untuk diproses. Sila tunggu sehingga status dikemas kini. Jika status masih tertunda selepas 24 jam, anda boleh menghubungi pasukan sokongan PayFlex di support@payflex.my untuk bantuan.


8. Bagaimanakah saya boleh menggunakan PayFlex powered by Boost selepas permohonan saya diluluskan?  

  1. Klik pada PayFlex powered by Boost dalam app CelcomDigi anda.
  2. Log masuk dengan nombor telefon dan kata laluan anda / OTP.
  3. Anda boleh memilih jenis transaksi yang ingin dilakukan dengan menekan pilihan yang sesuai di paparan dashboard anda seperti ‘Bayar Bil’, ‘Telco Prabayar’, atau ‘Bayar Guna Kod QR’.
  4. Untuk pembayaran kod QR: 
  1. Juruwang imbas kod QR anda: Transaksi anda akan ditetapkan secara automatik kepada pelan bayaran ansuran 3 bulan. Anda tidak perlu membayar apa-apa hari ini dan pembayaran pertama anda akan dijadualkan dalam masa 30 hari.
  2.  Anda imbas kod QR juruwang*: Anda boleh memilih untuk Bayar dalam 30 hari, 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan atau 12 bulan secara ansuran. Anda tidak perlu membayar apa-apa hari ini dan pembayaran pertama anda akan dijadualkan dalam masa 30 hari.

*Tertakluk kepada ketersediaan di pihak peniaga


9. Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran?  

Tidak. PayFlex powered by Boost tidak memerlukan penjamin atau cagaran. 


10. Saya sudah mempunyai akaun Boost PayFlex. Adakah saya boleh memohon PayFlex powered by Boost?

Anda hanya boleh mempunyai satu akaun PayFlex aktif pada satu masa. Jika anda sudah mempunyai akaun Boost PayFlex, anda perlu:

  1. Menyelesaikan semua bayaran tertunggak; dan
  2. Memohon penamatan akaun dengan menghubungi Sokongan PayFlex di support@payflex.my. 
    Setelah akaun sedia ada anda ditutup, anda boleh memohon PayFlex powered by Boost untuk menikmati keistimewaan eksklusif pelanggan CelcomDigi.

Maklumat Produk


1. Apakah ciri-ciri PayFlex powered by Boost?  

Nikmati pelan ansuran fleksibel sehingga 12 bulan dengan kelulusan pantas. PayFlex powered by Boost adalah patuh Syariah dan boleh digunakan untuk membayar bil CelcomDigi Postpaid, membeli kredit CelcomDigi Prepaid, atau membuat pembayaran di mana-mana kedai yang menerima DuitNow QR.


Sebagai keistimewaan eksklusif untuk pelanggan CelcomDigi, yuran Wakalah akan dikecualikan untuk transaksi pertama dan ditawarkan pada kadar lebih rendah bagi transaksi seterusnya.


2. Apakah yuran dan caj untuk menggunakan PayFlex powered by Boost?  

Caj Wakalah

  • Caj pertama dikecualikan, manakala yuran seterusnya dikenakan RM3 bagi setiap pembiayaan (eksklusif untuk pelanggan CelcomDigi).
  • Caj biasa ialah RM5 bagi transaksi di bawah RM100 dan RM10 bagi transaksi melebihi RM100.


Kadar Keuntungan

  • Kadar keuntungan adalah antara 1.5% hingga 2.5% sebulan, bergantung pada penilaian profil kewangan pengguna.
  • Kadar keuntungan ini dikenakan ke atas jumlah transaksi setiap bulan dan perlu dibayar pada tarikh bayaran ansuran masing-masing.


Contoh (Berdasarkan transaksi RM1,000, pelan ansuran 3 bulan dengan kadar keuntungan 2.5%):

Ansuran
Jumlah Ansuran
Caj Wakalah
Keuntungan (2.5%)
Jumlah Bulanan
Bulan pertama
RM333.33
RM3
RM25
RM361.33
Bulan ke-2
RM333.33

RM25
RM358.33
Bulan ke-3
RM333.34

RM25
RM358.34
Jumlah Bayaran Keseluruhan



RM1,078


3. Adakah ia memerlukan sebarang bayaran untuk permohonan?  

Tidak, permohonan adalah percuma sepenuhnya dan tiada yuran tahunan dikenakan.


4. Berapakah jumlah yang boleh saya gunakan dengan PayFlex powered by Boost?

Anda boleh berbelanja sehingga had kredit yang telah diluluskan untuk anda. Anda boleh menyemak had yang tersedia dengan mudah di papan pemuka (dashboard) PayFlex powered by Boost anda.


5. Di mana saya boleh menggunakan PayFlex powered by Boost?  

Anda boleh menggunakannya di mana-mana sahaja yang menerima DuitNow QR — hanya imbas dan buat bayaran! Ia juga diterima di mana-mana kedai yang menerima Boost sebagai kaedah pembayaran. Hanya tanya juruwang sama ada mereka menerima Boost dan tunjukkan kod QR PayFlex powered by Boost anda untuk melengkapkan pembayaran.


Bayaran & Pembayaran Balik


1. Bagaimana saya tahu kedai mana yang menerima PayFlex powered by Boost?

Selagi kedai tersebut menerima DuitNow QR, anda boleh membuat pembayaran menggunakan PayFlex.  


2. Bolehkah saya menggunakan PayFlex powered by Boost untuk pembelian dalam talian atau hanya di kedai fizikal?

Buat masa ini, PayFlex powered by Boost hanya boleh digunakan untuk pembayaran bil, tambah nilai prabayar, dan transaksi DuitNow QR. 


3. Bolehkah saya membeli peranti atau aksesori di kedai CelcomDigi menggunakan PayFlex powered by Boost?

Ya, tetapi hanya di kedai CelcomDigi yang menerima DuitNow QR.


4. Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengalami masalah teknikal semasa menggunakan PayFlex di cawangan yang mempunyai DuitNow QR?  

Jika anda mengalami sebarang isu teknikal semasa menggunakan PayFlex di kedai yang menerima DuitNow QR, sila hubungi pasukan sokongan PayFlex di support@payflex.my.


5. Bagaimana cara untuk membayar balik kontrak PayFlex powered by Boost saya?  

Terdapat dua cara: 

  1. Bayar secara manual:  Klik pada paparan PayFlex powered by Boost yang telah anda tambahkan ke skrin utama telefon anda, klik pada “Bayar Semua” (Pay All) atau pergi ke tab “Bayaran Balik” (Repayment) dan klik “Bayar Sekarang” (Pay Now) untuk membuat pembayaran bagi kontrak tertunggak individu. 
  2. Pembayaran automatik:  PayFlex boleh memotong pembayaran daripada kad debit anda dengan lancar. Anda akan mendapat e-mel pengesahan apabila pembayaran berjaya.


6. Saya tidak mempunyai kad debit. Bolehkah saya membayar dengan kaedah pembayaran yang lain?  

Tidak. PayFlex powered by Boost pada masa ini hanya menerima kad debit sahaja untuk pembayaran balik.  


7. Saya telah membuat pembayaran balik melalui kad debit, tetapi kenapa paparan dashboard saya belum dikemas kini?

Ia mengambil masa sehingga 10 minit untuk pembayaran dikemas kini di paparan dashboard PayFlex anda. Anda disarankan untuk memuat semula paparan dashboard PayFlex anda selepas tempoh tersebut. 

 

Sekiranya anda telah membuat pembayaran balik menggunakan kad debit tetapi paparan dashboard PayFlex anda tidak dikemas kini dalam tempoh yang ditetapkan, anda boleh menghubungi sokongan PayFlex secara terus di support@payflex.my.


8. Bolehkah saya ubah pelan ansuran selepas pembelian?

Anda boleh membuat bayaran awal jika mahu, namun anda tidak boleh memanjangkan tempoh ansuran anda.


9. Saya ingin membayar kontrak PayFlex powered by Boost saya lebih awal. Bolehkah saya berbuat demikian?  

Ya. Anda boleh membuat pembayaran balik awal dengan memilih "Bayar Semua" (Pay All) di paparan dashboard atau pergi ke tab "Bayaran Balik" (Repayment) dan pilih "Bayar Sekarang" (Pay Now).


10. Saya ingin menyelesaikan kontrak PayFlex powered by Boost tetapi kad debit saya mempunyai masalah.

Jika anda mengalami masalah dengan kad debit sedia ada anda, anda boleh menggunakan kad debit lain untuk membuat pembayaran balik. 

  1. Pergi ke tab "Tetapan" dan pilih "Tetapan Bayaran Balik" 
  2. Pilih "Tambah Kad Debit" 
  3. Pilih kad debit yang baru ditambah dan tetapkan sebagai kad utama dengan memilih "Tukar Kad Utama"


11. Bagaimana cara untuk meningkatkan had kredit limit?   

Had kredit PayFlex powered by Boost anda ditetapkan berdasarkan profil kredit serta maklumat yang kami ketahui tentang anda dan tidak boleh diselaraskan secara manual atas permintaan. Walau bagaimanapun, had ini tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.


12. Apa yang akan berlaku jika saya gagal membuat bayaran? Adakah saya masih boleh memohon ansuran selepas itu?

  1. Sekiranya anda terlepas bayaran berjadual, caj bayaran lewat sebanyak 1% setahun (dikira secara harian) akan dikenakan ke atas jumlah tertunggak sehingga bayaran penuh dibuat. Caj ini akan dihentikan sebaik sahaja bayaran penuh diterima. 
  2. Jika bayaran masih tertunggak melebihi tempoh yang dipersetujui, caj tambahan mungkin dikenakan mengikut Terma dan Syarat Boost Credit. 
  3. Sepanjang tempoh bayaran tertunggak, anda tidak akan dapat memohon sebarang pelan ansuran atau transaksi baharu di bawah kemudahan PayFlex sehingga semua jumlah tertunggak diselesaikan.
  4. Bagi mengelakkan caj bayaran lewat dan gangguan perkhidmatan, kami mengesyorkan anda mengaktifkan auto-debit melalui kad debit yang dipautkan.

Sokongan


1. Bagaimana saya boleh menjejak bayaran ansuran saya? Adakah saya akan menerima peringatan?

Tiada peringatan akan dihantarkan. Anda boleh melihat butiran ansuran anda, termasuk jumlah dan tarikh akhir bayaran, di papan pemuka (dashboard) PayFlex. Hanya log masuk ke akaun anda melalui Aplikasi CelcomDigi > PayFlex > Akaun.


2. Adakah had PayFlex saya akan meningkat secara automatik jika saya membuat pembayaran secara konsisten?

Ya, had kredit anda mungkin akan meningkat dari semasa ke semasa. Boost akan menyemak dan mengemas kini had kredit berdasarkan corak pembayaran serta rekod akaun anda.


3. Saya tidak menerima OTP. Apa yang perlu saya lakukan?  

Sekiranya anda tidak menerima OTP, sila cuba langkah-langkah berikut: 

  • Pastikan anda mempunyai sambungan rangkaian telco yang kuat semasa meminta OTP.  
  • Pastikan anda telah memasukkan nombor telefon yang betul.   


4. Saya tidak dapat menambah kad debit saya. Apa yang perlu saya lakukan?

Jika anda mengalami masalah untuk menambah kad debit anda, anda boleh cuba untuk menambah kad debit alternatif untuk pembayaran balik. 

  1. Pergi ke tab "Tetapan" dan pilih "Tetapan Bayaran Balik" 
  2. Pilih “Tambah Kad Debit" 
  3. Pilih kad debit yang baru ditambah dan tetapkan sebagai kad utama dengan memilih "Tukar Kad Utama" 
Jika tidak, sila hubungi bank anda untuk membenarkan bayaran berulang (recurring payments) pada kad debit anda. Sekiranya anda masih menghadapi masalah yang sama, sila hubungi pasukan sokongan PayFlex secara terus di support@payflex.my.


5. Pengesahan identiti (e-KYC) saya gagal. Apa yang perlu saya lakukan?  

Jika anda mengalami masalah semasa proses pengesahan identiti, sila pastikan bahawa: 

  1. Maklumat IC/pasport anda sepadan dengan permohonan. 
  2. Gambar yang diambil jelas dan tidak silau. 
  3. Anda berada di kawasan yang terang. 

Sekiranya anda telah mengesahkan semua perkara di atas tetapi masih menghadapi masalah, sila cuba semula proses tersebut atau hubungi pasukan sokongan PayFlex di support@payflex.my.


6. Bolehkah saya membatalkan transaksi PayFlex selepas ia diproses atau memulangkan barangan kepada peniaga untuk mendapatkan bayaran balik?

Tidak, anda tidak boleh membatalkan transaksi PayFlex selepas ia diselesaikan. Untuk membatalkan atau mengubah transaksi, anda perlu menghubungi peruncit dan meminta bayaran balik, yang akan diproses mengikut dasar mereka.


7. Permohonan PayFlex powered by Boost saya telah ditolak. Kenapa?  

Alasan penolakan tidak didedahkan dan tiada rayuan boleh dibuat. Walau bagaimanapun, anda boleh cuba memohon semula selepas 3 bulan.  


8. Bolehkah saya menyahaktifkan atau menggantung akaun PayFlex saya buat sementara waktu?

Ya, tetapi anda perlu menyelesaikan semua bayaran ansuran tertunggak serta sebarang caj yang berkaitan terlebih dahulu sebelum akaun boleh digantung buat sementara waktu.


9. Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki terdapat transaksi tidak sah pada akaun PayFlex saya?

Anda boleh menghubungi pasukan sokongan PayFlex di support@payflex.my untuk mendapatkan bantuan.


10. Saya telah menukar nombor telefon saya. Apa yang akan berlaku kepada akaun PayFlex powered by Boost saya?

Nombor telefon anda berfungsi sebagai pengenal unik untuk akaun PayFlex anda yang dikuasakan oleh Boost.


Sekiranya anda menukar nombor telefon, sila hubungi pasukan sokongan PayFlex di support@payflex.my untuk mengemas kini profil anda dan mengesahkan nombor baharu tersebut. Walaupun anda masih boleh log masuk menggunakan kata laluan, terdapat risiko nombor lama anda diberikan semula kepada orang lain, yang boleh menyebabkan penyalahgunaan akaun.


Untuk memastikan akaun anda kekal selamat dan mematuhi peraturan, sila pastikan semua kontrak PayFlex sedia ada telah dibayar sepenuhnya dan ditutup sebelum menukar nombor telefon. Setelah penyelesaian dibuat, anda boleh mendaftar semula untuk PayFlex menggunakan nombor telefon baharu anda

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article