Soalan Lazim: Baucar Grab & KFC Untuk Pendaftaran eSIM Baharu
Modified on Tue, 22 Jul at 10:01 AM
1. Apakah promosi ini?
Ini adalah tawaran eksklusif untuk pendaftaran eSIM baharu melalui CelcomDigi Online Store, dan pelanggan layak akan menerima:
- Baucar tunai Grab RM50 untuk Talian Utama Postpaid CelcomDigi terpilih
- Baucar tunai KFC RM20 untuk Talian Tambahan Postpaid CelcomDigi baharu yang terpilih
2. Siapa yang layak untuk promosi ini?
- Pendaftaran Postpaid eSIM baharu dengan pelan CelcomDigi terpilih
- Port-in (MNP) ke pelan Postpaid CelcomDigi dengan eSIM
- Pelan yang layak adalah seperti berikut:
- Postpaid 5G 60 SE
- Postpaid 5G 80
- Postpaid 5G 100
- Postpaid 5G 120
- Postpaid 5G 140
- Postpaid 5G 160
- Postpaid 5G Family SE
- Postpaid 5G Family
- Postpaid 5G Family Plus
- Semua pelanggan yang layak akan menerima jemputan khas melalui e-mel bersama kod jemputan untuk memasang dan log masuk ke aplikasi CelcomDigi baharu.
- Baucar akan diberikan melalui aplikasi CelcomDigi dalam tempoh 7–14 hari selepas log masuk pertama yang berjaya.
- Ganjaran akan dibatalkan sekiranya anda tidak log masuk dalam tempoh 5 hari selepas menerima jemputan.
3. Berapa banyak baucar yang saya akan terima?
Anda akan menerima:
- 1x baucar Grab RM50 untuk setiap Talian Utama Postpaid CelcomDigi yang layak
- 1x baucar KFC RM20 untuk setiap Talian Tambahan Postpaid CelcomDigi yang layak
Contoh: Jika anda mendaftar 1 Talian Utama + 2 Talian Tambahan, anda akan menerima: 1x baucar Grab RM50 2x baucar KFC RM20
4. Berapa lama tempoh promosi ini?
Promosi sah dari 22 Julai 2025 hingga 31 Disember 2025, atau selagi stok masih ada. CelcomDigi berhak mengubah tawaran tanpa notis awal.
5. Adakah promosi ini tersedia untuk pengguna SIM fizikal?
Tidak. Tawaran ini hanya untuk pendaftaran eSIM secara dalam talian. Ia tidak terpakai kepada pelanggan SIM fizikal.
6. Bolehkah saya tukar baucar kepada wang tunai atau gunakannya untuk bayar bil?
Tidak. Baucar tidak boleh ditukar kepada wang tunai dan tidak boleh digunakan untuk bayaran bil. Ia hanya sah di platform rakan niaga (Grab dan KFC) sahaja.
7, Jika saya tukar SIM fizikal kepada eSIM, adakah saya layak?
Tidak. Tawaran ini hanya untuk pendaftaran baharu Talian Utama dan Talian Tambahan. Penukaran SIM atau penggantian SIM tidak layak.
8. Saya belum terima baucar. Apa yang perlu saya buat?
Jika anda telah memenuhi syarat kelayakan, memasang dan log masuk ke aplikasi CelcomDigi tetapi masih belum menerima baucar dalam tempoh 14 hari bekerja, sila hubungi Khidmat Pelanggan CelcomDigi melalui WhatsApp di +6016-333 1111.
9. Berapa lama tempoh sah baucar?
- Baucar Grab: Sah selama 30 hari dari tarikh dikeluarkan
- Baucar KFC: Sah selama 30 hari dari tarikh dikeluarkan
Tarikh tamat akan dipaparkan dalam butiran baucar dalam aplikasi CelcomDigi
10. Bagaimana saya boleh menebus baucar saya?
Baucar anda akan dimasukan ke dalam akaun anda di aplikasi CelcomDigi.
11. Di mana saya boleh guna baucar ini?
Semua baucar mesti ditebus melalui platform jenama masing-masing:
Untuk Baucar Grab: Arahan Penebusan Langkah 1: Klik ikon "Vouchers" apabila anda membuka Aplikasi CelcomDigi Langkah 2: Klik “My Vouchers” dan pilih baucar Grab anda Langkah 3: Klik "Copy Code" dan klik “Go To Site” Langkah 4: Tampal kod yang disalin dan klik “Submit” Langkah 5: Klik pada URL Pengaktifan, pastikan anda telah memasang aplikasi Grab dan log masuk Langkah 6: Klik ‘Pick Your Gift’, kemudian simpan baucar ke halaman "My Rewards" anda Langkah 7: Pilih perkhidmatan yang ingin digunakan Langkah 8: Baucar telah ditebus. Klik ‘View My Rewards’ Langkah 9: Ikuti langkah tempahan dan klik "Offer" untuk menggunakan baucar anda |
Untuk Baucar KFC: Arahan Penebusan: Langkah 1: Klik ikon "Vouchers" apabila anda membuka Aplikasi CelcomDigi Langkah 2: Klik “My Vouchers” dan pilih baucar KFC anda Langkah 3: Klik "Copy Code" dan klik “Go To Site” Langkah 4: Tampal kod yang disalin dan klik “Submit” Langkah 5 (i): Dalam Talian – Salin Kod Baucar anda dan gunakannya di platform KFC Langkah 5 (ii): Di Stor Fizikal – Tunjukkan kod QR e-baucar anda kepada juruwang untuk diimbas sebelum membuat pembayaran |
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article