CelcomDigi Year-End Sale: Percuma Viu Premium dengan Kontrak Peranti Pakej MegaJimat 12 Bulan

Modified on Tue, 2 Dec at 10:00 AM

1. Apakah yang ditawarkan? 

Tawaran masa terhad ini memberi anda akses percuma ke Viu Premium selama 12 bulan (bernilai RM262.80) dengan setiap pembelian peranti dibawah kontrak Pakej MegaJimat 12 bulan sepanjang tempoh kempen sehingga 12 Januari 2026.

 

2. Siapakah yang layak untuk tawaran ini? 

Tawaran ini terbuka kepada pelanggan CelcomDigi Postpaid 80 baharu dan sedia ada yang membeli peranti dibawah kontrak Pakej MegaJimat 12 bulan di Kedai CelcomDigi, CelcomDigi Express, CelcomDigi Express lite & rakan niaga sah

Sila ambil perhatian bahawa pembelian peranti atas talian tidak layak untuk tawaran ini.


3. Apakah yang termasuk dalam tawaran ini? 

Langganan Viu Premium Percuma selama 12 bulan bernilai RM262.80 adalah termasuk dengan setiap pembelian peranti kontrak Pakej MegaJimat 12 bulan

 

4. Model peranti mudah alih yang manakah yang layak untuk tawaran ini?  

Akses Viu Premium percuma selama 12 bulan adalah tersedia dengan model kontrak peranti 12 bulan dibawah Pakej MegaJimat. Sila rujuk di sini bagi senarai peranti mudah alih yang layak. 

 

5. Adakah terdapat tempoh kontrak bagi tawaran ini? 

Ya, peranti Pakej MegaJimat disertakan sekali dengan kontrak 12 bulan. Caj penamatan awal akan dikenakan jika anda batalkan pelan anda sebelum kontrak tamat. 

 

6. Bagaimanakah cara untuk mendaftar untuk tawaran ini? 

Anda boleh membeli kontrak peranti 12-bulan Pakej MegaJimat di Kedai CelcomDigi, CelcomDigi Express, CelcomDigi Express lite & rakan niaga sah

Sila ambil perhatian bahawa pembelian peranti atas talian tidak layak untuk tawaran ini.


7. Berapa lamakah tempoh sah bagi akses Viu Premium ini? 

Akses Viu Premium anda sah selama 12 bulan dari tarikh pengaktifan. 

Akses Viu Premium Diberikan pada
Akses Viu Premium Access Sah hingga 
1 Jun 2025 14:00 1 Jun 2026 13:59 

 

8. Bagaimanakah cara untuk menebus akses 12-bulan percuma Viu Premium saya? 

Anda akan menerima SMS setelah pembelian peranti Pakej MegaJimat anda berjaya. 

Akses 
Langkah 
Melalui aplikasi CelcomDigi Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi 
Langkah 2: Pergi ke ‘Lifestyle’ 
Langkah 3: Pilih “My Subscriptions” 
Langkah 4: Dibawah “Active”, pilih Viu (Premium) 
Langkah 5: Dibawah ikon “Access Via”, klik ‘Viu’ untuk lancarkan aplikasi Viu atau laman web Viu 
Langkah 6: Log masuk dengan nombor telefon yang digunakan untuk membuat pembelian  
Atau 
Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi 
Langkah 2: Pergi ke ‘Shop’ 
Langkah 3: Pilih ‘Lifestyle’ 
Langkah 4: Pilih ‘Entertainment’ dan klik “My Subscriptions” 
Langkah 5: Dibawah “Active”, pilih Viu (Premium) 
Langkah 6: Dibawah ikon “Access Via”, klik ‘Viu’ untuk lancarkan aplikasi Viu atau laman web Viu 
Langkah 7: Log masuk dengan nombor telefon yang digunakan untuk membuat pembelian 
Melalui Pelayar Web Langkah 1: Log masuk melalui: https://www.viu.com/ott/my.
Langkah 2: Klik di “Daftar dengan nombor telefon” 
Langkah 3: Log masuk dengan nombor telefon yang digunakan untuk membuat pembelian 
Langkah 4: Tetapkan kata laluan pilihan anda dan selesai! 
Melalui aplikasi Viu Langkah 1: Muat turun aplikasi Viu dari Google Play Store atau Apple App Store 
Langkah 2: Klik di “Daftar dengan nombor telefon” 
Langkah 3: Log masuk dengan nombor telefon yang digunakan untuk membuat pembelian 
Langkah 4: Tetapkan kata laluan pilihan anda dan selesai! 

 

9. Apakah akan berlaku selepas Viu Premium percuma 12 bulan tamat? 

Akses Viu Premium anda akan dihentikan secara automatik melainkan anda memilih untuk meneruskan pada kadar bulanan add-on StreamMORE Viu. 

 

10. Bolehkah saya memilih perkhidmatan servis selain daripada Viu? 

Ya. Anda boleh melanggan secara berasingan, ke StreamMORE iQIYI atau StreamMORE Disney+ Basic melalui aplikasi CelcomDigi kami.  

 

11. Bolehkah pelanggan semasa StreamMORE atau Mega Add-Ons Viu Premium nikmati tawaran ini? 

Ya. Jika anda mempunyai langganan Viu Premium sedia ada, anda masih boleh menikmati tawaran ini. Sila rujuk dibawah untuk info lanjut: 

Jenis Langganan Sedia Ada
Senario
StreamMORE Viu Premium Akses Viu Premium percuma selama 12 bulan yang baharu akan menggantikan akses Viu Premium StreamMORE semasa anda secara automatik. 
Mega Add-Ons Viu Premium Anda perlu menamatkan kontrak Add-On Mega Viu Premium sedia ada sebelum anda boleh mendaftar untuk kontrak Pakej MegaJimat.  
Apabila kontrak tersebut ditamatkan, bayaran penamatan awal akan dikenakan. 
Selepas berjaya mendaftar untuk kontrak Pakej MegaJimat 12 bulan, anda akan menikmati akses kandungan Viu Premium secara percuma selama 12 bulan.  
Langganan Viu Premium luaran Anda perlu membatalkan langganan Viu Premium luaran anda. Jika tidak, caj bagi langganan tersebut akan terus dikenakan seperti biasa.  
Langganan Viu Premium percuma melalui CelcomDigi akan diberikan tanpa sebarang kos.   

 

12. Apakah akan terjadi jika saya menaik atau menurun taraf pelan Pascabayar saya? 

  • Menaik taraf: Akses Viu Premium anda akan kekal. 
  • Menurun taraf pelan ke bawah CelcomDigi Postpaid 80: Kontrak Pakej MegaJimat anda akan ditamatkan secara automatik dan bayaran penamatan awal akan dikenakan. Akses percuma Viu Premium anda akan dibatalkan serta-merta. 

 

13. Bolehkah saya memindahkan akses Viu Premium saya kepada orang lain?  

Tidak. Tawaran ini tidak boleh dipindah milik dan mesti ditebus menggunakan nombor telefon yang digunakan semasa pembelian peranti mudah alih dengan Pakej MegaJimat. 

 

14. Apakah akan terjadi jika saya menamatkan talian Pascabayar saya? 

Jika anda menamatkan talian pascabayar sebelum kontrak peranti 12 bulan berakhir, caj penamatan awal akan dikenakan dan akses percuma Viu Premium anda akan dibatalkan serta-merta. 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article