Kempen Pulangan Tunai Codashop
Modified on Thu, 14 Nov at 10:00 AM
1. Apakah promosi ini?
Nikmati pulangan tunai sehingga 5% (had maksimum RM10) untuk permainan Riot Games yang terpilih apabila anda membayar melalui CelcomDigi di Codashop, dengan perbelanjaan minimum RM15. Tertakluk kepada terma dan syarat.
2. Siapa yang layak untuk promosi ini?
Tawaran ini hanya layak bagi pengguna yang menerima notis promosi melalui SMS daripada CelcomDigi. Pembayaran mesti dibuat menggunakan nombor mudah alih yang menerima notis promosi daripada CelcomDigi. Pengguna yang menerima SMS dihantar semula (forwarded SMS) tidak layak untuk kempen ini.
3. Adakah promosi ini boleh digunakan di semua platform?
Promosi ini hanya sah untuk pembelian yang dibuat di Codashop dan mesti dibayar menggunakan CelcomDigi Direct Operator Billing (DOB) sebagai kaedah pembayaran.
4. Bilakah tempoh kempen?
Kempen akan bermula pada 14 November 2024 dan akan berlangsung sehingga 13 Disember 2024.
5. Bagaimanakah cara untuk mendapat pulangan tunai ini?
Anda boleh mendapat pulangan tunai ini dengan membeli kredit permainan Riot yang terpilih di Codashop dan membayar menggunakan CelcomDigi Direct Operator Billing (DOB) sebagai keadaan pembayaran dengan perbelanjaan minimum RM15 dalam satu transaksi, tertakluk kepada terma dan syarat promosi.
6. Apakah tajuk permainan Riot yang terpilih untuk kempen ini?
7. Bolehkah saya membeli beberapa tajuk permainan Riot untuk layak menerima pulangan tunai dalam promosi ini?
Ya, anda boleh membeli beberapa tajuk permainan Riot melalui Codashop dalam satu transaksi dan anda masih akan layak untuk mendapatkan pulangan tunai, tertakluk kepada terma dan syarat promosi.
8. Adakah terdapat sebarang had atau batasan untuk promosi ini?
- Jumlah maksimum tuntutan pulangan tunai setiap transaksi adalah RM10.
- Maksimum 5 tuntutan bagi setiap pelanggan/pengguna dalam sebulan.
- Bilangan penerima pulangan tunai akan diberikan berdasarkan dasar siapa cepat dia dapat.
- Pulangan tunai sehingga RM10 adalah terhad kepada 10,000 transaksi pertama yang layak. Promosi akan dihentikan setelah pulangan tunai digunakan sepenuhnya, atau apabila tempoh promosi tamat, mana yang lebih awal.
9. Apa lagi yang perlu saya ketahui?
Pengguna prabayar akan menerima pulangan tunai sebagai kredit prabayar yang boleh digunakan untuk perkhidmatan CelcomDigi dan/atau pembelian DOB.
10. Apakah tempoh sah pulangan tunai?
Bagi pengguna prabayar CelcomDigi, tempoh sah pulangan tunai akan mengikuti tempoh sah akaun prabayar anda.
Untuk maklumat lanjut: Kempan Pulangan Tunai Codashop
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article