Soalan Lazim: CelcomDigi Disney Jr. Live On Tour Let's Play! ("Giveaway")

Modified on Fri, 18 Jul at 10:01 AM

1. Apakah kempen ini?

CelcomDigi – Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play! (“Giveaway”) memberi peluang kepada pelanggan yang layak untuk mendapatkan satu set tiket muzikal konsert percuma (4 tiket bagi menyaksikan persembahan “Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play!” di Arena of Stars, Genting yang akan berlangsung dari 29 Ogos hingga 1 September 2025.


2. Apakah hadiah “Giveaway” untuk kempen ini?

Pelanggan CelcomDigi yang layak akan menerima satu set tiket muzikal konsert percuma (4 tiket) untuk menonton “Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play!” berdasarkan siapa cepat dia dapat.


3. Bilakah tempoh kempen ini?

Kempen ini berlangsung dari 18 Julai 2025 hingga 29 Julai 2025.


4. Bagaimana untuk layak mendapatkan tiket muzikal konsert ini?

  1. Sila langgan Disney+ Hotstar melalui salah satu pilihan berikut: 
    • StreamMORE Add-On
    • SpeedSTREAM 
    • Pelan Pascabayar ONE Ultra
  2. Langkah seterusnya,  sertai (opt-in) kempen ini melalui laman “Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play” di laman web CelcomDigi.


Nota: Tiket muzikal konsert akan diberikan kepada pelanggan yang layak berdasarkan siapa cepat dia dapat.

5. Bagaimanakah cara untuk daftar masuk bagi mendapatkan tiket muzikal konsert percuma?

Layari laman web CelcomDigi dan pergi ke bahagian “Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play!”. Isikan nama penuh dan nombor telefon mudah alih anda, kemudian klik “hantar”.

 

Nota: Klik “hantar” hanya memberi anda peluang untuk layak menyertai, bukan jaminan untuk mendapatkan tiket.

6. Berapakah had bilangan tiket muzikal konsert?

Ya. Terdapat had sebanyak 100 set tiket (bersamaan 400 tiket keseluruhan). Daftar masuk dengan segera sebelum habis!


7. Bagaimana saya tahu jika berjaya dan bagaimana tiket akan diberikan?

Anda akan dimaklumkan melalui notifikasi WhatsApp dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tamat tempoh kempen.

Sebaik sahaja anda menerima mesej tersebut, sila baca maklumat dengan teliti dan tunjukkan kepada kakitangan acara pada hari persembahan di Arena of Stars, Genting.

Untuk memastikan anda menerima kod baucar, sila pastikan perkara berikut:
Aktifkan notifikasi tolak (push notifications) – Ini akan memaklumkan anda sebaik sahaja tiket anda sedia.

8. Bolehkah saya tukar atau dapatkan bayaran balik untuk tiket muzikal konsert saya?

Tidak. Tiket muzikal konsert yang telah diberikan adalah tidak boleh ditukar dan tidak boleh dikembalikan.


9. Bolehkah saya tukar waktu atau kategori tempat duduk tiket muzikal konsert saya?

Tidak. Setiap tiket muzikal konsert telah ditetapkan untuk waktu dan kategori tempat duduk tertentu dan tidak boleh diubah.

 

 

 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article