Pembelian ‘TikTok Coins’ Tanpa Kebenaran Pengguna
Modified on Fri, 18 Oct at 3:58 PM
Modus operandi terbaru dikesan melibatkan pembelian ‘TikTok Coins’ oleh scammer yang berjaya menggodam akaun Gmail pelanggan. Caj pembelian akan dimasukkan ke dalam bil CelcomDigi. Pelanggan selalunya hanya menyedari mengenai pembelian ini setelah menerima notifikasi SMS atau emel berkaitan transaksi pembelian, atau setelah caj pembelian tersebut dipaparkan didalam penyata bil CelcomDigi.
Untuk mengelakkan perkara yang sama berulang, pelanggan dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dengan mengikuti langkah-langkah keselamatan berikut:
- Pelanggan dinasihatkan untuk menukar kata laluan sekiranya terdapat transaksi yang meragui.
- Mengaktifkan 2-faktor pengesahan untuk mengelak akaun disalahguna dengan mudah melalui https://myaccount.google.com/.
- (Urus Google account anda > Keselamatan > Cara anda log masuk ke Google > Pengesahan 2-Langkah)
- Pelanggan perlu memeriksa peranti yang digunakan untuk log masuk ke akaun google pelanggan melalui https://myaccount.google.com/ dan perlu log keluar peranti yang bukan milik pelanggan.
- (Urus Google account Anda > Keselamatan > Urus Semua Peranti)
Contoh SMS dan emel
Notifikasi log masuk Gmail ke peranti baru:
Sejarah transaksi di akaun Google:
Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini.
Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article