Penipuan Pelaburan Berasaskan Cinta

Modified on Wed, 7 Aug at 9:07 AM

Penipuan Pelaburan Berdasarkan Cinta merupakan gabungan penipuan romantis dan penipuan pelaburan. Ia akan bermula dengan penipu membina hubungan dengan mangsanya. Penipuan ini biasanya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan, di mana penipu akan mendapatkan kepercayaan mangsa dan meyakinkan mangsa untuk melabur dalam platform pelaburan yang kelihatan menguntungkan. Setelah mangsa sudah cukup dimanipulasi, penipu akan "menghancurkan" mangsa dengan mencuri semua wang mereka.


Berikut adalah bagaimana penipuan Pelaburan Berdasarkan Cinta berlaku: 

  • Penipu menggunakan media sosial, aplikasi ‘dating’, atau mesej daripada ‘nombor salah’ dengan tujuan menggoda dan profil menarik untuk memulakan perbualan. 
  • Penipu menjalinkan hubungan yang kerap untuk membina kepercayaan dan hubungan rapat dengan mangsa. 
  • Selepas mendapat kepercayaan mangsa, penipu memperkenalkan peluang pelaburan palsu dengan menjanjikan pulangan tinggi melalui maklumat dalaman mereka atau hubungan keluarga. 
  • Kemudian, penipu meyakinkan mangsa untuk menggunakan aplikasi perdagangan tertentu atau laman web, dan mencadangkan untuk berdagang bersama, memaparkan betapa mudahnya untuk mendapatkan keuntungan. Tanpa pengetahuan mangsa, aplikasi ini adalah platform palsu yang dikawal oleh rangkaian penipu. 
  • Penipu memanipulasi platform palsu untuk menunjukkan keuntungan, menggalakkan mangsa untuk melabur lebih banyak. Apabila mangsa cuba untuk mengeluarkan dana, mereka dihadapkan dengan alasan atau tuntutan yuran besar dan cukai untuk mengakses dana mereka.  


Perkara yang perlu diingati: 

  • Berhati-hati dengan Mesej daripada orang asing: Berhati-hati dengan mesej dari nombor yang tidak dikenali atau akaun media sosial. 
  • Menolak Untuk Bertemu: Jika seseorang mengelak untuk bertemu secara langsung atau melakukan panggilan video, ini mungkin menunjukkan bahawa mereka bukan orang yang mereka dakwa. 
  • Pelaburan Yang Terlalu Baik Untuk Dipercayai: Berwaspada dengan tawaran yang menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang rendah. Jika peluang itu terlalu menjanjikan, ini kemungkinan adalah tanda amaran. 
  • Romantis dan Permintaan Kewangan: Berwaspada dengan orang asing dalam talian yang dengan cepat mengekspresikan minat romantis dan kemudian meminta wang. 
  • Perlindungan Maklumat Peribadi: Menahan diri daripada berkongsi maklumat sensitif seperti butiran bank dengan individu yang tidak disahkan. 
  • Skeptikal Terhadap Platform Pelaburan: Bersikap berhati-hati apabila mempertimbangkan platform pelaburan dalam talian atau aplikasi mudah alih yang disyorkan oleh orang asing. 
Untuk membuat laporan tentang perkara ini, sila hubungi kami di sini.


Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini. 


 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article